CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8891|Reply: 0

[Kelantan] 30 penguat kuasa KPDN berkawal di pintu masuk Malaysia-Thailand

[Copy link]
Post time 8-2-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Azman (kanan) memantau harga ubi kentang semasa mengadakan tinjauan SHMMP Tahun Baharu Cina 2024 di sebuah pasar raya di Jelawat, Bachok hari ini. -Foto TOREK SULONG

BACHOK – Seramai 30 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ditempatkan di tiga pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan untuk mengekang ketirisan barangan subsidi ke negara jiran.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya menempatkan kesemua anggota itu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Bukit Bunga, Tanah Merah sejak 1 Februari lalu.

Menurutnya, belum ada kes melibatkan penyeludupan keluar bahan bersubsidi seperti minyak masak dan bahan api ke Thailand dikesan melalui ketiga-tiga pintu itu sepanjang tempoh penguatkuasaan sejak seminggu lalu.

“Penempatan anggota penguat kuasa akan diteruskan sehingga agensi tunggal kawalan negara (SBA) diselaras dan ditempatkan di tujuh pintu masuk sempadan di seluruh negara.

“Kegiatan penyeludupan tidak akan berlaku apabila kelihatan pegawai penguat kuasa yang lengkap beruniform menjalankan pemeriksaan kenderaan di pintu sempadan. Tidak dinafikan, kemungkinan kegiatan itu berlaku dilakukan melalui pangkalan haram,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2024 di sebuah pasar raya di Jelawat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, lambakan minyak masak subsidi yang didakwa boleh dibeli dengan mudah di negara jiran mungkin dibawa masuk melalui pengkalan haram di Sungai Golok yang berada sepanjang 86 kilometer dari Pengkalan Kubor hingga ke Jeli.

Katanya, keadaan geografi Sungai Golok yang sempit dan cetek di sesetengah kawasan terutamanya pada musim kemarau juga menjadi faktor penyumbang barangan bersubsidi diseludup dengan mudah ke negara jiran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -malaysia-thailand/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047726 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list