CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8078|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pukul bayi, pengasuh direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 8-2-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode

PENGASUH direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan bayi berusia 11 bulan. FOTO Azrul Edham.

Seremban: Pengasuh pusat jagaan kanak-kanak direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan bayi berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya 5 Februari lalu.

Bayi perempuan itu dikatakan cedera pada mata dipercayai dipukul pengasuh wanita berusia 66 tahun di pusat asuhan terbabit yang terletak di Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini.

"Mahkamah membenarkan reman sehingga 14 Februari bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Abdul Malik berkata, siasatan mendapati pusat asuhan itu beroperasi kira-kira 20 tahun dan mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

"Semakan juga mendapati pengasuh ini tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Media semalam melaporkan polis menahan pengasuh wanita warga emas, disyaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya pada 5 Februari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -direman-tujuh-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.513263 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list