View: 8979|Reply: 0
|
[Pahang]
Jasad pendaki Gunung Reskit diterbangkan ke Lipis
[Copy link]
|
|
Jenazah Zahalita Othman diterbangkan ke Kuala Lipis menggunakan helikopter JBPM.
Jerantut: Jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mendaki Gunung Reskit, in Kuala Tahan dekat sini kelmarin berjaya dibawa keluar sebelum diterbangkan ke Kuala Lipis pagi ini.
Jenazah Zahalita Othman, 52, dibawa keluar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 8.30 pagi.
Timbalan Pengarah Operasi JBPM Pahang, Abdul Ghani berkata jenazah Zahalita kemudiannya diterbangkan ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis.
Katanya, operasi membawa keluar jenazah disambung semula pada jam 6.45 pagi hari ini dan jenazah diambil tidak jauh dari tempat kejadian.
"Jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dalam masa sama helikopter turut menghantar bekalan makanan kepada baki pendaki," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Allahyarham Zahalita Othman, 52, mengikuti program pendakian sejak 1 Februari lalu.
Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jerantut menerima panggilan dari Ketua Balai Polis Merapoh pada jam 12.45 tengah hari kelmarin memaklumkan ada satu kematian membabitkan seorang pendaki gunung ketika mendaki Gunung Reskit.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata mangsa mengalami sesak nafas dan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi.
Sebelum ini keadaan berawan dan berkabus tebal di sekitar Gunung Reskit, Kuala Tahan menggagalkan operasi membawa keluar jenazah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terbangkan-ke-lipis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|