View: 6532|Reply: 0
|
Pochettino lega Chelsea menang
[Copy link]
|
|
OLLIE Watkins di kawal ketat pemain Chelsea ketika aksi pusingan keempat Piala FA. -FOTO Reuters
Birmingham: Kemenangan Chelsea mengurangkan tekanan kepada pengurus Mauricio Pochettino apabila menewaskan Aston Villa 3-1 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA ketika Nottingham Forest menempah pertembungan menentang Manchester United.
Conor Gallagher, Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez menjaringkan gol untuk Blues di Villa Park untuk memadamkan kekecewaan kekalahan 2-4 di tempat sendiri kepada Wolves Ahad lalu.
Chelsea dicemuh penyokong yang tidak berpuas hati pada hujung minggu ketika mereka tewas kepada Wolves dan kekalahan 1-4 di Liverpool seminggu lalu.
Dengan skuad Pochettino kini menghuni ranking ke-11 dalam Liga Perdana, penyingkiran awal Piala FA akan meningkatkan lagi tekanan ke atas pengendali Argentina itu.
Pochettino menegaskan bahawa dia tidak memikirkan mengenai tekanan dan mungkin akan kehilangan kerja dan menerima beberapa panggilan telefon berhubung pemilihan pemain.
Thiago Silva diletakkan di bangku simpanan hanya beberapa jam selepas isterinya memohon maaf selepas meluahkan kemarahan di media sosial apabila meminta "perubahan" di kelab itu.
Raheem Sterling juga diketepikan pada perlawanan itu dengan beberapa pemain muda dipertaruhkan oleh Chelsea.
"Saya fikir (ia) adalah antara yang terbaik atau mungkin prestasi terbaik musim ini," kata Pochettino. "Ia tiba pada saat yang sangat baik untuk kami.
"Kami mempunyai pemain muda. Ia mengenai menjadi padu dan konsisten dan ia satu perkara yang paling sukar dalam pasukan baru ini."
Pochettino mempunyai peluang untuk meraih piala pada musim pertama yang sukar dalam bola sepak Inggeris apabila Chelsea menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga 25 Februari.
Dan mereka yakin mara ke suku akhir Piala FA apabila menerima kunjungan pasukan divisyen dua Leeds pada pusingan kelima.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lega-chelsea-menang |
|
|
|
|
|
|
| |
|