CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3487|Reply: 0

[Sarawak] SEDC Energy umum kerjasama dengan MARC untuk BETC 2024

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode


Robert dan Jamaludin ketika mengadakan pertemuan dengan Abang Johari baru-baru ini.

KUCHING: SEDC Energy, sebuah agensi tenaga baharu di Sarawak telah mengumumkan kerjasama dengan Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) untuk Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 pada 26-27 Februari ini.

Menurut satu kenyataan hari ini, persidangan dua hari itu akan menjadi perhimpunan penting, membawa bersama pemimpin yang berwawasan, pembuat perubahan dan pakar industri untuk secara kolektif meneroka idea dan memangkin tindakan ke arah membentuk landskap tenaga mampan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC Datuk Jamaludin Nasir juga telah mengadakan kunjungan hormat sebelum itu terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.  

Kunjungan tersebut menggariskan kepentingan strategik kerjasama dan potensi kesannya terhadap sektor tenaga dalam wilayah ini.

Hadir pada taklimat itu adalah Ketua Pegawai Operasi Tenaga SEDC Foo Kim Leong Pengurus Komunikasi Korporat SEDC Dennis Harun Wong dan Ketua Pegawai Komersial MARC Badrul Hisham Zawawi, menandakan komitmen kedua-dua organisasi kepada kejayaan persidangan terbabit.

"Kami berbangga mempunyai MARC sebagai rakan kongsi strategik kerjasama untuk persidangan ini.

"Dengan adanya sokongan ini akan membantu membina reputasi kami sebagai pemain tenaga baharu di rantau ini, juga meletakkan Sarawak pada peta dunia.

"Setakat ini, kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penaja dan peserta walaupun ia merupakan acara jemputan eksklusif," katanya.

Beliau bahkan berharap BETC akan dianjurkan sebagai acara utama selepas ini sekiranya ia berjalan dengan baik.

Jamaludin pula berkata pihaknya berbesar hati menjadi rakan kongsi strategik untuk BETC 2024.

Kerjasama tersebut selaras dengan komitmen pihaknya untuk memupuk inovasi dan kemampanan dalam sektor tenaga.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061376 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list