CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8075|Reply: 0

Steenvoorden hampir pasti 'dirantai' TFC

[Copy link]
Post time 7-2-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode

Pemain kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden hampir pasti 'dirantai' Terengganu FC musim ini. FOTO/Agensi

KUALA TERENGGANU: Bekas pertahanan skuad remaja kebangsaan Belanda, Matthew Steenvoorden hampir pasti 'dirantai' Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas pemain kelab Pakhtakor Tashkent FC dalam Liga Uzbekistan musim lalu itu dikatakan bakal diperkenalkan pihak pengurusan TFC tidak lama lagi bersama beberapa pemain lain.

Menurut sumber Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, proses untuk mengikat pertahanan tengah berketinggian 1.88 meter itu kini berjalan lancar dengan perbincangan sudah selesai.

Malah pengendali skuad itu, Tomislav Steinbruckner juga sudah memberikan 'lampu hijau' bagi memastikan pemain itu menjadi milik skuad Penyu.



"Alhamdulillah setakat ini proses untuk mengikat bekas pemain skuad remaja kebangsaan Belanda itu berjalan dengan lancar dan positif.

"Pemain berusia 31 tahun itu bakal mengisi di posisi pertahanan tengah bagi menggantikan bekas pemain Uzbekistan musim lalu, Sardor Kulmatov yang tidak disambung kontrak.

"Bagaimanapun pemain itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara rasmi. Jika pemain itu gagal melepasi ujian itu, mungkin kita akan mencari pemain lain sebagai pengganti," katanya ketika ditemui.

Kehadiran pemain berpengalaman itu yang sudah menyarung jersi enam kelab berbeza sepanjang kariernya bakal memantapkan lagi jentera pertahanan tengah bergandingan dengan pemain kelahiran Kelantan, Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni.

Terdahulu nama pemain skuad Bawah 19 tahun (B-19) Belanda itu berlegar dalam laman sosial peminat setia skuad Penyu.

Setakat ini TFC sudah mengikat tiga pemain import iaitu penyerang, Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasinov (tengah) dan pemain pertahanan kelahiran Montenegro, Argzim Redzovic yang masih menunggu status pemain naturalisasi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pasti-dirantai-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046946 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list