CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6382|Reply: 0

Harimau Malaya ada peluang kejutkan Oman

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode

PAN-GON perlu merencanakan strategi terbaik berdepan Oman untuk Harimau Malaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam Kumpulan D.

SKUAD Harimau Malaya perlu memanfaatkan peluang keemasan untuk mengutip enam mata maksimum pada aksi kelayakan Kumpulan D saingan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman bulan depan.

Meskipun menduduki ranking lebih tinggi di kedudukan ke-74 dunia, skuad Oman ketika ini seperti dilanda krisis selepas memecat ketua jurulatih, Branko Ivankovic susulan prestasi hampir pada kempen Piala Asia 2023 lepas.

Skuad Oman gagal melepas peringkat kumpulan meskipun diletakkan pilihan utama apabila hanya meraih dua keputusan seri bertemu Thailand dan Kyrgyzstan pada kejohanan berprestij di Qatar itu baru-baru ini.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Razman Roslan percaya kesempatan ini boleh digunakan oleh Kim Pan-gon dalam usaha melakar kejutan positif ke atas Oman pada dua perlawanan nanti.

“Saya lihat daripada aspek motivasi, pemain kita kini berada pada tahap terbaik kerana berjaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan positif berbanding Oman.

“Malah, kita difahamkan pasukan itu juga tidak berada dalam tahap begitu stabil apabila memecat ketua jurulatih baru-baru ini.

“Saya percaya jika kita dapat kekalkan momentum seperti yang dipamerkan ke atas Korea Selatan di pentas Piala Asia, kita boleh mencipta kejutan ketika bertemu Oman nanti,” katanya kepada Kosmo!.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya kini memimpin carta Kumpulan D selepas merekodkan kemenangan bersih apabila menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan pada dua perlawanan November lepas.

Tumpuan kini dialihkan untuk mengharungi dua perlawanan menentang Oman yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mac depan di Muscat dan 26 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dua pasukan teratas peringkat kumpulan bakal bersaing dalam kelompok 18 negara terbaik Asia pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selain layak secara automatik pada saingan Piala Dunia 2027.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... uang-kejutkan-oman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.299117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list