CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3233|Reply: 0

Serie A: Inter belum mahu dabik dada

[Copy link]
Post time 6-2-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode

PARA pemain Inter meraikan jaringan tunggal perlawanan ketika menewaskan Juventus pada aksi Serie A awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Ketua jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui pasukannya masih belum layak dilabel pilihan untuk menjulang trofi Scudetto meskipun berjaya menewaskan pencabar utama, Juventus 1-0 pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Nerazzurri berjaya mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu liga hasil jaringan sendiri pemain lawan, Federico Gatti untuk meraih 57 mata selepas mengharungi 22 perlawanan.

Kata Inzaghi, apa yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya cukup sempurna dan boleh meraih kemenangan besar, tetapi dinafikan oleh kecekapan penjaga gol The Old Lady, Wojciech Szczesny.

“Saya rasa kami berhak untuk menang perlawanan ini kerana barisan pemain beraksi dengan lebih baik sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Szczesny kerana berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi lebih banyak gol dengan jentera serangan kami tidak terlalu bernasib baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Inzaghi percaya masih ada 18 perlawanan penting yang perlu diharungi oleh pasukannya sebelum boleh bergelar juara Serie A musim ini dan menggesa semua pemain tidak mendabik dada terlalu awal.

“Mengenai peluang untuk menjuarai Scudetto, saya rasa masih terlalu awal kerana pencabar terdekat seperti Juventus dan AC Milan masih memiliki peluang memintas kedudukan. Justeru, saya tidak mahu pemain terlalu selesa,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... um-mahu-dabik-dada/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.186814 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list