CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8324|Reply: 0

Gol Llorente nafikan Real tiga mata

[Copy link]
Post time 5-2-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Atletico Madrid, Marcos Llorente (jersi merah) menanduk masuk gol penyamaan ketika menentang Real Madrid pada aksi La Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MADRID: Pemain Atletico Madrid, Marcos Llorente meledak gol pada masa kecederaan untuk memadam gol Brahim Diaz pada babak pertama buat pendahulu Real Madrid ketika dua pasukan berjiran itu seri 1-1 dalam La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Real kini mengumpul 58 mata di puncak liga, dua mata di depan Girona, yang akan ditemui mereka Sabtu ini di laman sendiri.

Atletico kekal di tangga keempat dengan 48 mata, dua mata di belakang pasukan tangga ketiga Barcelona.

"Ia satu perlawanan yang bagus daripada kami, kami menguasai permainan tetapi kami tidak bernasib baik apabila melepaskan gol pada minit akhir," kata pengurus Real, Carlo Ancelotti kepada wartawan.


"Kami bertindak baik, kami berhak menang tetapi kami tiada apa untuk dirungutkan. Kami pendahulu dan kami mempunyai satu peluang untuk menjarakkan kedudukan Sabtu depan.

"Pasukan perlu bertenang, satu mata tetap bagus."



Pemain tengah Real Madrid, Brahim Diaz (kiri) merembat masuk gol pertama menentang Atletico Madrid pada aksi La Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Tuan rumah membuka tirai jaringan selepas 20 minit apabila Diaz merebut bola muntah berikutan kesilapan benteng pertahanan Atletico dalam kotak penalti untuk merembat masuk dari jarak dekat bagi gol keempatnya dalam liga musim ini.

Atletico berasakan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit pertama babak kedua, namun VAR mencelah untuk menafikan tandukan padu Stefan Savic kerana ofsaid.

Anak buah Diego Simeone akhirnya menyumbat gol pada saat terakhir permainan apabila pemain tengah Llorente menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Real, Andriy Lunin susulan hantaran silang Memphis Depay.

"Gol ini amat menyelerakan, kami bekerja keras sepanjang perlawanan, kami meraih satu mata dan kami gembira dengan kerja sepasukan," kata Llorente kepada Movistar.

"Kami tidak berasakan mampu mencatat kemenangan dengan cara perlawanan ini berlangsung, tetapi kami mendapat satu mata berharga." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ikan-real-tiga-mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042453 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list