CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12402|Reply: 0

Liga Super Eropah akan diteruskan musim depan

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:30 AM | Show all posts |Read mode

PRESIDEN FC Barcelona, Joan Laporta (kanan) akan tetap meneruskan projek ESL. FOTO EPA.

Barcelona: Presiden Barcelona, Joan Laporta menegaskan tetap akan meneruskan projek Liga Super Eropah (ESL) seawal musim ini biarpun tanpa penyertaan kelab dari England.

Katanya, beliau tidak peduli sama ada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ingin menyertai atau tidak apabila mengakui beberapa kelab gergasi Eropah lain sudah menyatakan hasrat beraksi dalam ESL.

"ESL akan bermula musim depan atau ia akan berlaku pada musim 2025-26, dan saya sedang melihat peluang-peluang yang ada," katanya kepada stesen radio RAC1.

"Enam kelab EPL adalah sebahagian daripada cadangan awal tetapi menarik diri dan tidak menunjukkan hasrat untuk kembali. Saya tidak kisah jika mereka enggan menyertai atau mahu sertai," tambah Laporta.



Laporta berkata projek ESL boleh dimulakan dengan hanya 16 pasukan.

"Piala Eropah bermula pada 1955 dengan penglibatan kelab yang sedikit dan kemudiannya menjadi pertandingan terbaik di Eropah.

"Saya membayangkan fasa pertama seperti itu, dan (lebih banyak kelab) kemudian berintegrasi," katanya.

Antara kelab yang dijangka menyertai ESL adalah Real Madrid dari LaLiga manakala Inter Milan, AC Milan, AS Roma dan Napoli dari Itali.

Laporta turut menamakan kelab Portugal iaitu FC Porto, Sporting Lisbon dan Benfica serta Ajax, Feyenoord dan PSV Eindhoven dari liga Belanda akan sertai kejohanan itu.

Malah, pasukan dari Perancis seperti Marseille dan dua kelab Belgium, Club Brugge serta Anderlecht turut menyatakan minat.

Begitupun gergasi Jerman, Bayern Munich dan juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain yang mengkritik idea ESL tidak akan sertai pertandingan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eruskan-musim-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.032185 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list