View: 4249|Reply: 0
|
[Pahang]
Cubaan edar rokok seludup RM2.6 juta gagal
[Copy link]
|
|
MOHD ASRI (kanan) menunjukkan rokok yang dirampas dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang hari ini.
KUANTAN – Tindakan seorang lelaki cuba mengedar rokok seludup bernilai lebih RM2.6 juta gagal apabila dia ditahan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang di Kilometer 35.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30an itu ditahan pada pukul 2 petang 15 Januari lalu ketika dalam perjalanan dari Pantai Timur menuju ke Lembah Klang.
Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, maklumat yang diterima daripada orang awam membawa kepada penahanan sebuah lori dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran rokok seludup.
“Sindiket yang bergerak menggunakan lori ‘bonded’ lapan tan itu berjaya dikesan hasil maklumat diterima bahagian penguatkuasaan JKDM Pahang sebelum diekori dan ditahan di lokasi itu.
“Hasil pemeriksaan fizikal yang dilaksanakan ditempat kejadian mendapati muatan yang dibawa adalah rokok yang disyaki barang larangan import.
“Rokok putih sebanyak 3,980,000 batang dianggarkan bernilai RM363,400 itu dirampas membabitkan jumlah cukai dianggarkan sebanyak RM2,658,640,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Asri nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah lori itu dianggarkan berjumlah RM3,067,040.
Mohd Asri juga memberitahu, kesemua rokok terbabit dipercayai rokok yang diseludup dari negara luar melalui Kelantan untuk diedarkan di sekitar Lembah Klang dan selatan tanah air. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... p-rm2-6-juta-gagal/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|