CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8469|Reply: 0

Piala Asia: Kejayaan Jordan penuh dramatik

[Copy link]
Post time 31-1-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

PARA pemain Jordan meraikan jaringan pertama daripada Al-Naimat ketika menewaskan Iraq 3-2 di pusingan 16 kelmarin. – THE SUN

AL RAYYAN – Jordan ­menempah slot suku akhir Piala Asia 2023 dengan penuh dramatik apabila meledak dua gol di hujung permainan untuk menewaskan Iraq 3-2 di Sta­dium Antarabangsa Khalifa kelmarin.

Pengendali Jordan, Hussein Ammouta memuji anak-anak buah­nya yang tidak kenal erti putus asa dan terus berjuang mencari gol kemenangan bagi mengelak daripada bermain dalam aksi tambahan masa.

“Keyakinan tinggi para pemain membuatkan kami percaya mampu bangkit dan melakukannya seperti hari ini (kelmarin).

“Kami berjaya meledak dua gol dalam masa kecederaan ­untuk menyamakan kedudukan dan memenangi perlawanan. Kami mengambil kesempatan terhadap situasi Iraq bermain kurang seorang.

“Saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan mentaliti yang sama dengan harapan untuk kami melangkah jauh dalam kejohanan ini,” katanya.

Jordan mendahului menerusi Yazan Al-Naimat di penghujung babak pertama sebelum Iraq bangkit meledak dua gol melalui Suad Natiq dan Aymen Hussein pada minit ke-68 serta 76.

Bagaimanapun, pengadil dari Iran, Alireza Faghani melayangkan kad merah kepada Aymen kerana dia meraikan jaringan secara berlebihan.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jordan dengan dua gol daripada Yazan Al-Arab dan Nizar Al-Rashdan pada minit ke-90+5 serta 90+7 untuk me­nempah aksi suku ­akhir. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... dan-penuh-dramatik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.030898 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list