CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8045|Reply: 0

Piala Asia 2023 pecah rekod kehadiran penonton

[Copy link]
Post time 30-1-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode

PENYOKONG Qatar meraikan kemenangan pasukan mereka di Stadium Al Bayt. FOTO Reuters

Doha: Kejohanan Piala Asia 2023 melakar rekod baharu dengan jumlah kehadiran 1.06 juta peminat bola sepak selepas 63,753 penonton menyaksikan kemenangan juara bertahan Qatar 2-1 menentang Palestin pada pertembungan pusingan 16 di Stadium Al Bayt di Al Khor, awal pagi tadi.

Angka menakjubkan itu mengatasi rekod kehadiran sebelum ini iaitu 1.04 juta yang dicatatkan semasa edisi 2004 di China.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John berkata sejak awal lagi, sudah jelas edisi Piala Asia ke-18 di sini bakal menjadi edisi paling mudah diakses dan menarik dalam sejarah kejohanan itu.

"Bola sepak mempunyai kuasa tidak disangkal lagi dalam menyatukan masyarakat dan tiada tempat selain Qatar menjadi pentas paling berprestij di Asia. Pencapaian ini satu penghormatan kepada peminat yang penuh semangat dan rakan daripada Persatuan Bolasepak Qatar dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Piala Asia 2023.



"AFC ingin merakamkan ucapan terima kasih amat mendalam kepada semua pihak berkepentingan dan rakyat Qatar atas layanan dan keramahan mereka yang tiada tandingan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LOC Piala Asia 2023 Jassim Al Jassim berkata kehadiran penonton yang memecahkan rekod itu ialah bukti keupayaan Qatar menjadi tuan rumah acara sukan berkelas dunia.

"Sekali lagi, Qatar mengesahkan tempatnya sebagai ibu negara sukan global. Infrastruktur moden dan pengalaman operasi membolehkan kami memberikan satu lagi kejohanan mudah diakses dan menarik dari segi budaya ke standard tertinggi.

"Kami gembira dapat mencatat rekod seawal ini dalam kejohanan. Berbaki 11 lagi perlawanan, ia bakal menawarkan aksi menarik dengan banyak pasukan mempamerkan persembahan luar biasa," katanya.

Selepas 40 perlawanan, Piala Asia 2023 yang turut melepasi penglibatan digital sebanyak 1.5 bilion baru-baru ini, kini berada di kedudukan kedua dalam carta purata kehadiran dengan 26,672 peminat datang menyaksikan setiap perlawanan.

Pencapaian terbaharu itu merupakan kejayaan kali kedua di Qatar dari segi kehadiran selepas 82,490 penonton menempa rekod baharu pada perlawanan pembukaan dalam sejarah Piala Asia apabila tuan rumah menewaskan Lubnan 3-0 di Stadium Lusail pada 12 Jan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kehadiran-penonton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list