CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4928|Reply: 0

Padah berganda rai gol 'makan rumput'

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Iraq, Aymen Hussein (kiri) duduk bersila sambil ‘makan rumput’ selepas menjaringkan gol kedua menentang Jordan pada pusingan 16 terakhir Piala Asia di Doha, Qatar malam tadi. – Foto Xinhua News Agency

DOHA: Penyerang Iraq, Aymen Hussein dilayangkan kad merah kerana meraikan gol dengan cara pelik 'makan rumput' ketika kekalahan dramatik 3-2 pasukannya di tangan Jordan pada pusingan 16 terakhir Piala Asia malam tadi.

Jordan mendahului pada masa kecederaan babak pertama sebelum Iraq membalas dengan dua gol dalam tempoh lapan minit untuk mengubah haluan permainan berpihak kepada mereka.

Hussein menyumbat gol kedua pada minit ke-76, merembat kencang ke penjuru bawah gol lawan sebelum melompat melepasi papan iklan untuk meraikannya tetapi dia tidak menuju ke arah penonton.

Ketika dia kembali ke padang, dia duduk bersila dan kelihatan seolah-olah makan rumput, mengajuk apa yang dilakukan pemain Jordan selepas mereka meledak gol pada babak pertama.



Selepas melakukannya selama beberapa saat dia bangkit untuk menuju ke tengah padang, namun serta-merta didatangi pengadil Alireza Faghani, yang melayangkannya kad kuning kedua dan kemudian merah disebabkan caranya meraikan gol.

Hussein tidak percaya dengan keputusan pengadil itu tetapi terpaksa keluar padang ketika pasukannya cuba bertahan untuk melayakkan diri ke suku akhir.



Pemain Jordan meraikan kemenangan dengan gaya ‘makan rumput’ selepas wisel penamat ketika mengalahkan Iraq 3-2 pada pusingan 16 terakhir Piala Asia di Doha malam tadi. – Foto Xinhua News Agency

Namun Jordan menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi lebih seorang pemain pada hujung perlawanan, menyamakan kedudukan pada minit ke-95 menerusi Yazan Al-Arab, sebelum Nizar Al-Rashdan meledak masuk gol kemenangan dua minit kemudian.

Skuad Jordan sekali lagi meraikan kemenangan dengan 'makan rumput' selepas wisel penamat, manakala pengurus Iraq, Jesus Casas berang dengan keputusan kontroversi pengadil membuang padang Hussein.

"Kad merah mengubah arah perlawanan itu," katanya.

"Dalam mana-mana kejohanan utama pemain sering meraikan jaringan. Pengadil tidak boleh melayangkan kad merah kerana ini.

"Kita semua menyaksikan Jordan meraikan dengan cara sama dan tiada kad diberikan. Masa kad merah itu menghalang kami untuk membuat penggantian dari segi bertahan kerana kami sudah membuat pertukaran pemain."

Hussein menyumbat enam gol dalam empat perlawanan Piala Asia ketika Iraq menang semua tiga perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia, Jepun dan Vietnam.

Namun kini mereka menuju pulang dari kejohanan itu manakala Jordan meneruskan kemaraan. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ai-gol-makan-rumput
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list