CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4935|Reply: 0

Ivory Coast singkir Senegal

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Ivory Coast meraikan kemenangan selepas tamat penentuan penalti menentang Senegal. FOTO AFP

Abidjan: Tuan rumah Ivory Coast menyingkirkan juara bertahan Senegal dalam aksi peringkat 16 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menerusi penentuan penalti awal pagi tadi untuk menghidupkan impian memenangi gelaran di tempat sendiri.

Minggu lalu pasukan itu hampir tersingkir di peringkat kumpulan tetapi kini mereka mara ke suku akhir dengan menewaskan Senegal 5-4 menerusi penentuan penalti susulan perlawanan berakhir 1-1 selepas tambahan masa.

The Elephants mara ke peringkat kalah mati dengan rekod terburuk dalam kalangan empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas tewas 0-4 di tangan Equatorial Guinea, kekalahan terbesar mereka di tempat sendiri.

Mereka memecat jurulatih veteran dari Perancis Jean-Louis Gasset dan cuba mendapatkan bekas pengurus Herve Renard dengan kontrak jangka pendek tetapi gagal.



Sebaliknya bekas pemain mereka Emerse Fae dilantik pengurus sementara dengan harapan mampu mencipta kejutan ke atas juara bertahan.

Senegal terlebih dahulu mendahului perlawanan seawal minit kempat apabila Habib Diallo merembat kencang hantaran cantik Sadio Mane dari sebelah kiri.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun ketumpulan penyudah menghampakan mereka sehinggalah minit ke-86 apabila penjaga gol Senegal Edouard Mendy menjatuhkan Nicolas Pepe.

Franck Kessie yang beraksi dengan Al-Ahli di Arab Saudi tidak melakukan kesilapan untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan yang kemudiannya terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti.

Pemain Senegal Moussa Niakhate hanya satu-satunya pemain gagal melakukannya selepas sepakan terkena tiang manakala

Kessie tenang untuk membawa Ivory Coast ke saingan lapan terakhir menentang Mali atau Burkina Faso pada Sabtu ini.

"Kami berasakan banyak emosi ketika ini," kata penyerang Ivory Coast Sebastien Haller kepada wartawan. "Beberapa hari sebelum ini tidak mudah tetapi kami perlu percaya diri sendiri."

Senegal tersingkir selepas muncul hanya pasukan tunggal memenangi kesemua tiga aksi peringkat kumpulan dan kekalahan mereka bermakna tiada juara bertahan melepasi peringkat kalah mati kali pertama di AFCON sejak Mesir menjuarainya tiga kali berturut-turut pada 2010.

Dalam satu lagi perlawanan, Cape Verde menang aksi kalah mati kali pertama dalam sejarah mereka di kejohanan itu selepas penalti lewat pemain gantian Ryan Mendes menewaskan Mauritania 1-0 di Abidjan.

Perlawanan hampir menuju ke masa tambahan ketika Cape Verde mendapat penalti selepas Gilson Tavares Benchimol dijatuhkan penjaga gol Mauritania Babacar NiasBse.

Kapten Mendes menyempurnakannya ketika permainan berbaki dua minit untuk memastikan kemaraan pasukannya di suku akhir menentang pemenang di antara Maghribi dan Aftrika Selatan yang berentap awal pagi esok.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ast-singkir-senegal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045177 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list