View: 7365|Reply: 0
|
Kecewakan Fulham, Newcastle teruskan kemaraan
[Copy link]
|
|
SEAN Longstaff (dua kiri) meraikan jaringannya. FOTO AFP
London: Sean Longstaff dan Dan Burn menjaringkan gol ketika Newcastle United menyingkirkan Fulham daripada saingan Piala FA dengan kemenangan 2-0 di pusingan keempat, awal pagi tadi.
Cauley Woodrow pula menjaringkan gol lewat permainan ketika Luton Town menang 2-1 di Everton dan Brighton & Hove Albion menumpaskan Sheffield United 5-2 dalam pertembungan membabitkan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Newcastle, naib juara Piala Liga musim lalu, akan bermain di pusingan kelima Piala FA hanya untuk kali kedua dalam tempoh 18 tahun.
"Ia pastinya sangat hebat untuk beraksi di Wembley dalam Piala FA. Piala (Liga) membangkitkan motivasi kepada kami, ia adalah hari yang luar biasa dengan sokongan padu yang kami terima.
Disyorkan
"Semoga kami dapat pergi lebih jauh dalam pertandingan ini tahun ini," kata pengurus, Eddie Howe kepada ITV.
Longstaff menjaringkan gol pada minit ke-39 di Craven Cottage selepas Fulham bergelut untuk mengeluarkan bola hasil daripada sepakan sudut sebelum Burn mengukuhkan kedudukan Newcastle pada minit ke-61.
"Sudah sekian lama kelab tidak memenangi sesuatu, kami menunjukkan peningkatan sejak dua musim lalu dan ada empat perlawanan lagi sama ada kami mara final atau memenanginya, jadi sama-sama kita lihat siapa yang mara ke pusingan seterusnya," kata Burn.
Sementara itu, bintang Luton, Woodrow yang patah tangannya semasa perlawanan itu, menjaringkan gol pada minit ke-96 apabila dia merembat dari jarak dekat melepasi penjaga gol, Joao Virginia untuk memastikan kemenangan 2-1 di hadapan penonton dekat Goodison Park.
"Ia adalah perlawanan yang sukar dan pada akhirnya seperti perlawanan bola keranjang. Saya sangat gembira kerana sudah menunggu agak lama untuk menjaringkan gol," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... e-teruskan-kemaraan |
|
|
|
|
|
|
| |
|