CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 0

Ake selamatkan kempen City

[Copy link]
Post time 28-1-2024 11:02 AM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur di London. — Gambar AFP

LONDON: Manchester City melangkah ke pusingan keempat Piala FA Inggeris apabila gol kontroversi lewat Nathan Ake memastikan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Jumaat.

Ketika dunia bola sepak menerima berita mengejutkan di mana Jurgen Klopp akan meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool pada akhir musim ini, kelab yang paling mendapat kelebihan dari berita ini akhirnya menamatkan penantian kemenangan pertama mereka di Stadium Tottenham Hotspur.

City sudah tewas kesemua lima kunjungan ke Stadium Tottenham Hotspur dan tanpa menjaringkan sebarang gol sejak stadium baharu itu dibuka pad April 2019.

Tetapi Ake, pemain pertahanan antarabangsa Belanda, memastikan City akan meninggalkan kota London dengan penuh bersemangat apabila merembat bola ke pintu gol ketika berbaki dua minit perlawanan pusingan keempat kejohanan itu.

Anak buah Pep Guardiola sudah memenangi tujuh perlawanan terakhir dalam semua pertandingan untuk mengekalkan kebangkitan mereka selepas hilang rentak sebelum Krismas.

Mereka ketika ini kurang lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool tetapi kurang satu perlawanan dan berharap untuk mengambil peluang dari berita pengumuman mengejut Klopp yang akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.

Klopp dan Guardiola membentuk persaingan sengit sepanjang berada di England, dengan Guardiola lebih menyerlah dengan memenangi banyak kejuaraan.

City memenangi kesemua tiga kejuaraan utama musim lepas dan masih kekal di landasan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Dengan penyerang utama, Erling Haaland masih direhatkan kerana kecederaan, City pada awalnya mengawal permainan.

Oscar Bobb mengumpan bola kepada Phil Foden pada lewat separuh masa pertama tetapi rembatan penyudahnya tersasar.

Julian Alvarez kelihatan mampu menjaringkan gol apabila menerima satu lagi umpanan daripada Bobb dalam kotak penalti tetapi Micky van de Ven berjaya menghadang bola untuk menyebabkan rembatan akhir tersasar.

Brenna Johnson hampir menghukum ketumpulan jentera serangan City apabila mengejar umpanan Timo Werner tetapi rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol Stefan Ortega.

Guardiola memasukkan Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku dalam 25 minit terakhir ketika dua pemain antarabangsa Belgium itu meningkatkan tahap kecergasan selepas pulih dari kecederaan.

De Bruyne membuat penampilan ketiga dari bangku simpanan selepas pulih dari kecederaan yang dialami pada perlawanan pertama musim ini.

Asakan demi asakan City akhirnya membuahkan hasil apabila Vicario, yang diasak oleh Ruben Dias, gagal melakukan tolakan kemas dari satu tendangan sudut De Bruyne, membolehkan Ake merembat bola dari jarak dekat dengan gol itu hanya disahkan menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR).

Pada perlawanan pusingan keempat yang lain, Chelsea seri tanpa jaringan dengan Aston Villa ketika kedua-dua pasukan mensia-siakan peluang di Stamford Bridge.

Chelsea menjaringkan gol dalam enam perlawanan terakhir, dan membelasah Middlesbrough untuk melangkah ke final Piala Liga Inggeris menentang Liverpool bulan hadapan.

Tetapi anak buah Mauricio Pochettino mendapati Villa merupakan lawan lebih sukar selepas 23 cubaan di antara kedua-dua pasukan gagal menghasilkan gol kemenangan.

Nottingham Forest juga seri tanpa jaringan menentang kelab Liga Kejuaraan, Bristol City di Ashton Gate.

Bristol mendapat gelaran pembunuh gergasi selepas mengejutkan West Ham United pada perlawanan ulangan pusingan ketiga dan sekali lagi mereka menyukarkan lawan terbaharu dari Liga Perdana Inggeris. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list