CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18317|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli kembara 150km untuk daftar Padu

[Copy link]
Post time 27-1-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai menyerbu kaunter PADU untuk mendaftar pada Program Jelajah eKasih, di Padang Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Along Angah, 33, yang juga pemuda Orang Asli suku Temiar sanggup 'mengembara' sejauh kira-kira 150m kilometer dari Pos Belatim di sini, untuk mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (Padu), hari ini.

Pada masa sama, Along turut mengambil peluang menggantikan kad pengenalan baru.

Along ditemui pada program Program Jelajah eKasih di Padang Dewan Kompleks Serbaguna, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), di sini.

Menurut Along, dia bertolak dari Pos Belatim dengan menunggang motosikal jam 9 pagi, semalam, dan tiba di Kuala Betis, jam 5 petang.



"Tiba di Kuala Betis, rakan memaklumkan program sudah tamat dan akan disambung esok (hari ini). Hari ini, seawal jam 8 pagi, saya bersama rakan bertolak ke program ini bagi mendaftar dengan Padu.

"Saya juga membuat kad pengenalan baharu di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Program ini sangat bermanafaat kepada kami terutama masyarakat Orang Asli yang tinggal di pedalaman. Di satu lokasi saja, kami dapat berurusan dengan pelbagai agensi," katanya.

Manakala Miah Alang, 51, dia bersama rakan dan tiga anak datang dari Kampung Merlong, Kuala Betis untuk mendaftar Padu.

Katanya, mereka menumpang kenderaan penduduk kampung untuk datang dan berkongsi duit minyak.

"Walaupun perjalanan agak jauh, namun kami sepakat untuk datang dan mendaftar Padu.

"Program seperti ini memudahkan kami mendapatkan maklumat diperlukan selain mendaftar dengan agensi berkaitan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-untuk-daftar-padu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048186 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list