View: 13541|Reply: 0
|
[Kelantan]
Banjir: 4 PPS ditutup, mangsa di Kelantan tinggal 108 orang
[Copy link]
|
|
Keadaan sebuah rumah penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang terjejas banjir termenung susulan limpahan air Sungai Golok sejak beberapa hari lalu. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!
KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan semakin pulih apabila hanya 108 mangsa masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah setakat pukul 4 petang ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 330 orang daripada 438 mangsa pada pagi tadi.
Menurutnya, kesemua mangsa yang terdiri daripada 26 buah keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu, Tanah Merah.
“Setakat petang ini, hanya daerah Tanah Merah masih terjejas banjir di negeri ini.
“Empat PPS iaitu masing-masing dua buah di Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup sepenuhnya pukul 1 tengah hari tadi,” katanya.
Menurut kenyataan itu, air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya, manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) mencatatkan bacaan berjaga-jaga.
Tambahnya, enam sungai utama di Kelantan masih berada pada paras normal. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -tinggal-108-orang/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|