CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10756|Reply: 0

Intan Serah mohon maaf kepada Kim Pan-gon

[Copy link]
Post time 27-1-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Intan Serah dan Kim Pan-gon.

PETALING JAYA – Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah tampil memohon maaf kerana mengkritik percaturan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon aksi terakhir Piala Asia 2023 berdepan Korea Selatan.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Serah Anisah Zulgafli berkata, tindakan itu berlaku kerana dia tidak mengawal emosi hingga terkeluarnya ciapan sedemikian.

“Ia adalah saat emosi mengawal saya di mana ciapan itu dilakukan ketika perlawanan, saya minta maaf atas apa yang saya katakan.

“Tetapi saya akui salah saya dan saya hormat semua orang terutamanya pemain dan jurulatih KPG. Selamat maju jaya dan buat yang terbaik untuk perlawanan seterusnya,” kata Intan Serah.

Terdahulu, menerusi hantaran di aplikasi X sebelum ini, Intan Serah telah mengkritik Pang-gon kerana tidak memasukkan Safawi Rasid selepas mengeluarkan penyerang utama, Darren Lok dan memasukkan Paulo Josue.

Bagaimanapun, Josue menjadi watak penting apabila melakukan hantaran gol yang disudahkan Romel Morales untuk gol penyamaan 3-3 pada minit akhir perlawanan.

Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memanggil Intan Serah susulan tindakan pemain itu mengkritik jurulatih kebangsaan itu secara terbuka menerusi platform X.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan Intan Serah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu apatah lagi dengan statusnya sebagai pemain kebangsaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... kepada-kim-pan-gon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044309 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list