|
Pengendali Maghribi, Walid Regragui (kanan) dan kapten Republik Demokratik Congo, Chancel Mbemba (tengah) bergaduh ketika saingan peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Afrika. - Foto AGENSI
ABDIJAN: Pengendali Maghribi, Walid Regragui boleh menarik nafas lega apabila hukuman gantung dua perlawanan ke atasnya di Piala Negara-Negara Afrika dibatalkan.
Dia kini boleh kembali bersama pasukan untuk pertembungan 16 terakhir menentang Afrika Selatan.
Regragui, yang membawa Maghribi ke separuh akhir Piala Dunia 2022, digantung selepas hampir bertumbuk dengan kapten Republik Demokratik Congo, Chancel Mbemba ketika aksi peringkat kumpulan.
"Pembatalan ini turut membabitkan denda dikenakan jawatankuasa disiplin Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) ke atas Regragui.
"Keputusan panel rayuan dibuat selepas mendengar hujah pembelaan FRMF," kata Persekutuan Bolasepak Diraja Maghribi (FRMF).
Regragui digantung empat perlawanan tetapi dua daripadanya ditangguhkan.
Dia menjalani penggantungan pertamanya ketika menentang Zambia pada Rabu dan tempatnya digantikan oleh penolongnya, Rachid Benmahmoud.
Maghribi akan bertemu Afrika Selatan di pusingan kalah mati pada Selasa di San Pedro. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-ke-atas-regragui |
|