CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8234|Reply: 0

Piala Asia: Thailand tenang tanpa Theerathon

[Copy link]
Post time 25-1-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode

THEERATHON (kiri) terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas mengutip dua kad kuning. – AFP

DOHA – Pengendali Thailand, Masatada Ishii terpaksa merombak kesebelasan utama selepas tidak dapat menggunakan khidmat kapten, Theerathon Bunmathan pada aksi terakhir Kumpulan F menentang Arab Saudi di Stadium Education City malam ini.

Sebagai rekod, Thee­rathon telah mempamerkan watak penting membantu skuad Gajah Perang itu tidak dibolosi pada dua perlawanan awal kumpulan, tetapi terpaksa disisihkan kerana sudah mengutip dua kad kuning.

Kata Ishii, perkara tersebut sudah tentu agak mengecewakan rakan-rakan sepasukan kerana mereka menagih ke­pimpinan kapten berusia 33 tahun itu di atas padang seperti yang dilakukannya dalam dua aksi sebelum ini.

“Kita telah mempamerkan semangat juang tinggi pada dua perlawanan lepas untuk mengelak daripada kekalahan. Namun, pada perlawanan terakhir ini kita tidak dapat menggunakan khidmat Theerathon kerana penggantungan.

“Saya harap siapa sahaja yang diturun­kan nanti dapat berikan yang terbaik, sekali gus membantu pasukan mencapai misi besar untuk lolos ke pusingan 16 terbaik kali ini,” kata pengendali dari Jepun itu.

Sementara itu, Theerathon yang telah membuat penampilan antarabangsa ke-100 bersama Thailand berharap rakan-rakannya dapat memberikan sepenuh tenaga untuk mengejutkan Arab Saudi nanti.

“Saya sangat bangga apabila dapat meraih kaps ke-100 bersama skuad kebangsaan. Banyak pengalaman yang saya harungi, tetapi saya percaya skuad kali ini agak istimewa dan kita boleh mencipta kejutan baharu,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... g-tanpa-theerathon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.030297 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list