|
PEMAIN Equatorial Guinea meraikan kejayaan membelasah Ivory Coast 4-0, sekali gus mara ke peringkat kalah mati AFCON. FOTO AFP
Abidjan: Skuad Equatorial Guinea di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dijanjikan bonus 1 juta euro (RM5.1 juta) selepas kemenangan mengejut 4-0 ke atas tuan rumah, Ivory Coast, sekali gus muncul juara Kumpulan A dan layak ke pusingan kalah mati.
Presiden mereka, Teodoro Obiang Nguema turut mengumumkan cuti umum selepas mereka mengaibkan tuan rumah di Abidjan, sekali gus mengatasi nama besar seperti Nigeria dan Ivory Coast.
Menerusi kenyataan, Nguema yang juga pemimpin paling lama memerintah, turut menyaksikan perlawanan itu dengan bersemangat apabila pasukannya menang besar.
Anaknya yang juga naib presiden, Teodoro Nguema Obiang Mangue menjanjikan 50,000 euro (RM286,650) bagi setiap gol dijaringkan ke atas Ivory Coast, yang bermakna 200,000 euro (RM1.27 juta) secara keseluruhan.
Negara di Afrika barat yang memiliki 1.5 juta penduduk itu hanya memiliki dua presiden sejak merdeka dari jajahan Sepanyol pada 1968.
Obiang mengatasi bapa saudaranya, Francisco Macias Nguema untuk memimpin pada 1979, tetapi dikritik hebat kerana lebih kepada usaha mengumpul kekayaan peribadi dan bukannya berusaha membebaskan negara itu daripada belenggu kemiskinan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tuh-dapat-cuti-umum |
|