View: 11934|Reply: 0
|
Mauritania lakar sejarah singkir Algeria
[Copy link]
|
|
PEMAIN Mauritania meraikan kejayaan mara ke peringkat kalah mati selepas menewaskan Algeria. FOTO REUTERS
Abidjan: Bekas juara, Algeria tersingkir daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas dikejutkan oleh Mauritania.
Algeria memenangi gelaran AFCON kedua mereka di Mesir pada 2019, tetapi tersingkir di peringkat kumpulan di Cameroon, dua tahun lalu apabila hanya mengutip satu mata dan menjaringkan satu gol.
Kempen kali ini turut menjadi mimpi ngeri buat skuad kendalian Djamel Belmadi, yang seri pada dua perlawanan pertama Kumpulan D menentang Angola dan Burkina Faso, tetapi masih mampu layak jika berjaya menewaskan Mauritania di Bouake.
Bagaimanapun, Mauritania, yang tewas dua perlawanan pertama mereka di Ivory Coast dan belum pernah menang dalam lapan penyertaan mereka di AFCON, mengejutkan Algeria 1-0 hasil jaringan minit ke-37 kaptennya, Mohamed Dellah Yaly yang beraksi untuk kelab Iraq.
Algeria kini belum merakam kemenangan dalam enam perlawanan AFCON sejak menewaskan Senegal 1-0 pada final 2019.
Mauritania mara ke peringkat kalah mati buat pertama kali dalam sejarah mereka sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan.
"Tidak ada sesiapa memikirkan tentang Mauritania, tetapi itulah bola sepak, penuh kejutan dan semua usaha kami kini membuahkan hasil," kata pengendali Mauritania, Amir Abdou.
Angola menduduki tangga teratas kumpulan di depan Burkina Faso selepas mengalahkan Stallions 2-0 menerusi jaringan Mabululu dan Zini.
Mereka mara ke pusingan kalah mati kali pertama sejak menjadi tuan rumah kejohanan pada 2010 dan akan berdepan pasukan tangga ketiga kumpulan lain di Bouake.
Burkina Faso yang muncul naib juara 2013 dan mara ke separuh akhir, dua tahun lalu pula akan berdepan pemenang Kumpulan E sama ada Mali, Afrika Selatan atau Namibia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rah-singkir-algeria |
|
|
|
|
|
|
| |
|