CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11719|Reply: 0

EPL: Situasi Salah teruk berbanding jangkaan

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode

SALAH mungkin terlepas enam perlawanan bersama Liverpool ekoran kecederaan hamstring yang dihadapi ketika bersama Mesir. - AFP

LONDON – Ejen bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah mengesahkan bahawa pemain itu mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh sebulan selepas mengalami kecederaan ketika mewakili Mesir pada aksi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Salah, 31, terpaksa dikeluarkan ketika Mesir terikat 2-2 menentang Ghana dan terpaksa kembali ke England untuk menjalani rawatan bersama Liverpool dan mungkin akan kembali menyertai pasukan kebangsaannya jika kecederaan itu pulih.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu mendapati proses pemulihan itu memakan masa lebih lama sehingga empat minggu ketika aksi final AFCON hanya akan berlangsung dalam tempoh 20 hari sahaja lagi jika Mesir berjaya ke perlawanan akhir.

“Kecederaan Mo lebih serius daripada apa yang kami fikirkan pada awalnya, dua mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh 21 hingga 28 hari dan bukannya sekadar dua perlawanan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Peluang terbaiknya untuk kembali menyertai saingan AFCON adalah dengan menjalani proses rehabilitasi intensif di England sebelum kembali menyertai Mesir sekiranya benar-benar pulih,” kata ejen pemain itu, Ramy Abbas.

Kecederaan Salah mengundang kecewa para peminat dan pemain Mesir ketika AFCON kali ini dianggap sebagai peluang terakhirnya dalam usaha memenangi trofi berkenaan selepas tewas dua kali di final iaitu pada edisi 2017 kepada Cameroon dan 2021 berdepan Senegal.

Situasi Salah juga mengundang kecewa Liverpool apabila pemain itu hampir pastu terlepas aksi menentang Chelsea dan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris bulan depan ketika mereka terdesak untuk mengekalkan kedudukan teratas saingan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... erbanding-jangkaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.134660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list