View: 3936|Reply: 1
|
Piala Asia: Dominic ‘kereta kebal’ Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Prestasi Dominic Tan mendapat pujian peminat bola sepak tanah air. - Foto ihsan FAM
MESKIPUN dikritik hebat oleh peminat bola sepak tanah air pada tahun lalu, pemain pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan berjaya bangkit sehingga dianggap sebagai pemain terbaik skuad kebangsaan ketika tewas 0-1 kepada Bahrain kelmarin.
Pada perlawanan itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon membuat rombakan untuk meletakkan Dominic dalam kesebelasan utama dengan formasi 5-4-1 yang diterapkan.
Pemain pertahanan Sabah FC itu membalas kepercayaan yang diberikan dengan memberi fokus sepenuh masa untuk memastikan skuad negara kekal kompetitif sepanjang 90 minit sebelum dibolosi pada masa kecederaan.
Prestasi Dominic mendapat rating tertinggi laman statistik bola sepak antarabangsa, Sofascore apabila meraih 7.2 mata berbanding rakan-rakan sepasukan yang lain.
Berdasarkan statistik, Dominic telah melakukan 10 clearances (keluarkan bola daripada zon bahaya), dua hadangan, dan 18 kali menghalang pemain Bahrain untuk menyerang gawang Malaysia.
“Aksi yang hebat dipamerkan oleh Dominic Tan. Dia telah buktikan kita (peminat) salah. Harap prestasi konsisten diteruskan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 nanti,” kata ciapan MY_Futbol dalam aplikasi X.
Aksi konsisten pemain berusia 27 tahun disusuli oleh rakan segandingan di benteng pertahanan, Dion Cools selepas pemain pertahanan Buriram United itu diberi rating 7.0 mata.
Dominic sebelum ini dikritik hebat susulan beberapa kesilapan yang dilakukan sewaktu menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini termasuk ketika final Pestabola Merdeka yang menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada Tajikistan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bal-harimau-malaya/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|