CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8043|Reply: 0

Piala Asia: Masa tambahan Korea Selatan bantu elak aib

[Copy link]
Post time 22-1-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode

HEUNG-MIN meletakkan Korea Selatan di depan apabila menyempurnakan sepakan penalit. - AFP

DOHA – Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann tidak dapat menyembunyikan kepuasan selepas anak buahnya pamer reaksi positif untuk mengikat Jordan 2-2 pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium Al Thumama, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Taegeuk Warriors hampir menerima kejutan sama seperti Jepun apabila Jordan mendahului 2-1 ketika masa sebenar 90 minit berakhir sebelum tambahan masa 11 minit menyelamatkan mereka.

“Perkara paling penting adalah untuk melihat reaksi pemain selepas apa yang kami rancang tidak menjadi. Sudah pasti saya begitu gembira untuk menyaksikan apa yang pemain lakukan,” katanya.

Dua jaringan sendiri masing-masing daripada pemain Korea Selatan dan Jordan melengkapkan aksi penuh drama apabila menyaksikan Yazan Al-Arab ‘menghadiahkan’ gol penyamaan buat Korea Selatan pada masa tambahan tersebut.

Terdahulu, Son Heung-min memastikan permulaan cemerlang buat Korea Selatan apabila tenang menyempurnakan penalti dan selepas itu kedudukan kembali seimbang apabila Park Yong-woo tertanduk bola ke gawang sendiri sebelum Yazan Al Naimat meledak gol kedua Jordan.

“Kami sudah jangkakan perlawanan ini cukup sukar di mana selepas mendahului, tempo permainan kami makin menurun. Keadaan ini sesuatu yang tidak bagus malah pemain saya juga tewas dalam situasi satu lawan satu.

“Jadi, perlawanan ini beri pengajaran buat kami untuk mengekalkan prestasi sepanjang perlawanan,” jelas Klinsmann. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... tan-bantu-elak-aib/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079146 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list