CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9034|Reply: 0

Jumpa Korea Selatan bagai perlawanan akhir - Syamer

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Malaysia, Syamer Kutty Abba (kanan) bersaing dengan pemain Bahrain, Mohamed Al-Hardan pada aksi Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha kelmarin. – Foto BERNAMA

DOHA: Aksi berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis ini bukan sekadar perlawanan pelengkap jadual bagi skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia Qatar 2023.

Sebaliknya, Syamer Kutty Abba menegaskan dia tetap akan berusaha memberikan yang terbaik bagi menjaga maruah negara seandainya diberikan peluang beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan E itu.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu berkata, pendekatan yang sentiasa dilakukannya adalah menganggap setiap perlawanan yang diharungi seperti perlawanan akhir.

"Walaupun orang tengok (aksi menentang Korea Selatan) hanya seperti pelengkap jadual, tetapi dalam padang kami akan berlari dan berjuang.


"Secara peribadi, saya akan berusaha setiap perlawanan macam perlawanan terakhir saya. Jadi, saya akan bagi yang terbaik sebab saya tahu ini adalah maruah yang saya pikul iaitu maruah negara.

"Mungkin pelengkap jadual, tetapi ia adalah perlawanan untuk kita membuat sehabis baik bagi menentang Korea Selatan nanti," katanya.

Harimau Malaya sudah terkeluar daripada persaingan merebut tiket ke pusingan 16 terakhir susulan tewas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua kumpulan di Stadium Jassim Bin Hamad, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon berada di kedudukan tercorot kumpulan tanpa sebarang mata kerana turut tewas 0-4 di tangan Jordan dalam aksi pertama.

Selain itu, Syamer menaruh keinginan tinggi untuk berada dalam skuad negara seandainya Harimau Malaya berjaya melayakkan diri lagi ke pusingan akhir Piala Asia pada masa akan datang.

Malah, dia bersyukur kerana tetap terpilih untuk bersama Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 walaupun pernah dibelenggu masalah kecederaan sebelum ini.

"Saya anggap Piala Asia kali ini tempat kita melakukan satu analisis terbaik untuk kita belajar. Sudah pasti, selagi diberi peluang saya memang nak bermain dan saya harap saya ada lagi untuk Piala Asia yang seterusnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... awanan-akhir-syamer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list