View: 7379|Reply: 0
|
Jurulatih Maghribi, Regragui akui buat silap
[Copy link]
|
|
HAKIMI meraikan kejayaannya meledak gol dengan rakan pasukan. -FOTO AFP
Korhogo, Ivory Coast: Jurulatih Maghribi, Walid Regragui berkata dia melakukan kesilapan ketika pasukannya seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan F Piala Negara-Negara Afrika menentang Republik Demokratik Congo.
Achraf Hakimi memberi permulaan yang sempurna kepada Atlas Lions apabila sepakan voli pada minit keenamnya menerjah jaring dalam perlawanan di San-Pedro.
Tetapi selepas Cedric Bakambu terlepas sepakan penalti untuk Leopards, mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi rembatan pemain gantian, Silas Katompa Mvumpa.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Tanzania dan Zambia yang beraksi 10 pemain turut melakar keputusan seri 1-1 yang menyaksikan keempat-empat pasukan masih berpeluang mara ke peringkat kalah mati.
Situasi sama berlaku dalam kumpulan E selepas Afrika Selatan menang ke atas Namibia di Korhogo 4-0 di mana pemain veteran Themba Zwane meledak dua gol.
Maghribi yang mana dua tahun lalu mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar dan menjadi wakil pertama dari Afrika, memperoleh empat mata daripada dua perlawanan, DR Congo dan Zambia masing-masing dua dan Tanzania satu.
Regragui, yang dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Afrika pada anugerah tahunan CAF bulan lalu selepas pencapaian Piala Dunianya, memberitahu pemberita bahawa percaturannya pada separuh masa kedua tidak berkesan.
"Selepas melakukan perubahan untuk lebih bertenaga, kami tidak menguruskan perlawanan dengan baik. Kami leka dan membenarkan Congo kembali ke dalam permainan.
"Kami memberi terlalu banyak ruang kepada lawan. Secara taktikal kita sepatutnya lebih baik. Mungkin kami terlalu menghormati lawan.
"Congo adalah pasukan paling sukar dalam kumpulan. Mereka bermotivasi dan berbahaya dan layak untuk seri," kata Regragui yang bermain untuk Maghribi ketika mereka tewas di final kepada Tunisia pada 2004.
Silas, yang bermain untuk kelab Bundesliga Stuttgart dan lebih suka dikenali dengan nama pertamanya, dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, walaupun hanya dimasukkan ketika perlawanan berbaki 26 minit.
Dia berkata dia "gembira dengan anugerah itu tetapi bukan keputusannya."
"Terdapat peluang pada penghujung perlawanan untuk kami meraih tiga mata. Kami menyedari pasukan Maghribi keletihan dan kami mencipta peluang menjaringkan gol," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gui-akui-buat-silap |
|
|
|
|
|
|
| |
|