CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6299|Reply: 0

Salah kembali ke pangkuan Liverpool jalani rawatan

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode

SALAH menyaksikan sesi latihan skuad Mesir dari luar padang. -FOTO AFP

Liverpool: Mohamed Salah akan meninggalkan skuad Mesir di Piala Negara-Negara Afrika untuk meneruskan rawatan kecederaan hamstring di kelabnya Liverpool, kata persatuan bola sepak negara itu tetapi mereka berharap dia akan kembali ke kejohanan di Ivory Coast itu.

"Salah akan menghadiri perlawanan menentang Cape Verde (hari ini) dan kemudian akan kembali ke UK," kata Persatuan Bola Sepak Mesir.

"Selepas komunikasi antara kakitangan perubatan Mesir dan rakan sejawatan Liverpool mereka, kami bersetuju bahawa pemain itu akan kembali ke UK untuk meneruskan rawatannya dengan harapan dia akan kembali ke pasukan Mesir untuk aksi separuh akhir."

Pengumuman itu dibuat selepas pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata ia "ia sesuatu yang masuk akal" untuk pemain berusia 31 tahun itu menjalani rawatan di England.



"Itulah rancangannya," kata Klopp selepas kemenangan 4-0 Liverpool di tempat lawan ke atas Bournemouth awal pagi tadi apabila ditanya sama ada Salah kini akan kembali ke Merseyside.

"Saya tidak tahu jika ia 100 peratus sudah dipersetujui. Tetapi itulah rancangannya. Saya rasa mungkin semua orang melihat ia sesuatu yang masuk akal untuk dia melakukan rawatan pemulihan bersama kami atau dengan orang kami."

Salah terpaksa diketepikan daripada pertembungan penting Kumpulan B menentang Cape Verde di Abidjan hari ini dan perlawanan 16 terakhir Mesir sekiranya mereka mara.

FA Mesir pada mulanya berharap dia akan kembali di suku akhir tetapi kini kelihatan pasrah akan kehilangan Salah sehingga mungkin separuh akhir pada 7 Februari.

Klopp tidak menghalang Salah kembali ke kejohanan itu sekiranya dia membuktikan kecergasannya dan jika Mesir masih meneruskan perjuangan.

"Jika Mesir layak ke final dan dia cergas sebelum perlawanan akhir, mungkin ya," tambah Klopp.

"Kenapa tidak? Itu jelas."

Selepas seri dua perlawanan pembukaan mereka pada kejohanan itu, juara Afrika tujuh kali itu perlu menewaskan Cape Verde yang sudah pun layak bagi menjamin tempat layak ke pusingan 16 terakhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pool-jalani-rawatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list