CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6283|Reply: 0

Arab Saudi mara ke pusingan kalah mati

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode

PERGELUTAN di depan gawang dalam perlawanan Arab Saudi menentang Kyrgyzstan. -FOTO AFP

Doha: Pasukan Arab Saudi di bawah kendalian Roberto Mancini mara ke pusingan kalah mati Piala Asia selepas menang 2-0 ke atas pasukan Kyrgyzstan yang bermain dengan sembilan pemain pada separuh masa kedua, semalam.

Thailand yang juga berada dalam Kumpulan F yang berjaya mengikat Oman 0-0 semakin hampir untuk layak ke pusingan 16 terakhir di Qatar.

Anak buah Mancini yang menghuni ranking ke-56 dunia berbanding Kyrgyzstan di kedudukan ke-98, terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menyertai penyandang juara Qatar, Iran, Iraq dan Australia dalam pusingan seterusnya.

Mancini yang memenangi Kejohanan Eropah ketika membimbing negara asalnya, Itali pada 2021 kini berpeluang membawa Arab Saudi menjuarai Piala Asia buat kali keempat.



"Kedudukan ranking sekarang menunjukkan Jepun, Korea, Iran, Australia menunjukkan kami berada jauh di atas," katanya.

Arab Saudi kembali meraih kemenangan mengatasi Oman dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan pembukaan mereka dan meraih enam mata daripada dua perlawanan itu.

Kyrgyzstan jelas dianggap sebagai mangsa walaupun dengan 11 pemain dan tugas mereka menjadi lebih sukar selepas minit ke sembilan apabila Ayzar Akmatov dibuang padang kerana melakukan terjahan keras.

Pada mulanya Akmatov hanya dilayangkan kad kuning tetapi pengadil kemudiannya melayangkan kad merah selepas pemeriksaan VAR dilakukan.

Kyrgyzstan bermain dengan sembilan pemain pada minit ke-52 selepas semakan VAR yang lain menyaksikan Kimi Merk turut dilayangkan kad merah dan dibuang padang selepas melakukan satu lagi terjahan yang teruk.

"Dari pihak saya, ia hanya soal jaringan selepas kad merah yang kedua," kata jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pusingan-kalah-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.219981 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list