CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6011|Reply: 0

Piala Asia: Harapan terlalu tinggi ‘memakan diri’

[Copy link]
Post time 22-1-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode

HARIMAU Malaya gagal untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata selepas bolos pada hujung perlawanan ketika tewas menentang Bahrain kelmarin. - AFP

HARAPAN terlalu tinggi yang diletakkan terhadap Harimau Malaya pada penyertaan pertama dalam tempoh lebih 40 tahun di Piala Asia nyata ‘memakan diri’ apabila skuad negara terpaksa akur tewas pada dua aksi awal Kumpulan E bertemu Jordan dan Bahrain.

Secara realitinya, pengendali negara, Kim Pan-gon tetap menganggap penyertaan kali ini memberi pengajaran paling berguna buat pemain negara untuk segera perbaiki kelemahan khususnya bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Mac ini.

“Faktanya tentang ranking dan pengalaman kerana kami tidak pernah bermain di peringkat ini dalam tempoh 43 tahun. Saya bersimpati dengan pemain yang ada kesungguhan dan impian, begitu juga saya dan penyokong yang mengharapkan sesuatu daripada pasukan.

“Kami kena terima dan saya ambil tanggungjawab ini. Tiada apa yang silap, tetapi mungkin jurulatih yang lakukan sesuatu yang salah kerana saya terlalu mengharapkan yang terbaik.

“Saya beri harapan kepada penyokong dan pemain, jadi sebagai jurulatih semua ini adalah masalah saya, bukan daripada pemain, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) atau pun peminat. Semua ini adalah masalah jurulatih,” katanya.

Selepas dibelasah 0-4 kepada Jordan, hasrat Harimau Malaya untuk mencuri satu mata daripada Bahrain berkecai apabila negara Asia Barat itu memperoleh gol menerusi Ali Madan di hujung permainan untuk mengesahkan kemenangan 1-0.

Mengulas lanjut, jurulatih dari Korea Selatan itu menegaskan anak buahnya lebih berhak untuk dapatkan keputusan seri, namun sedar penampilan kami ini sudah pun menyerlahkan mentaliti sebenar Malaysia.

“Kami gagal kawal dan dominasi perlawanan, namun seri sebenarnya cukup bagus. Ini kali pertama kami berada di sini sejak 43 tahun, sekurang-kurangnya pemain tunjukkan mentaliti Malaysia yang kukuh dan tidak mengalah.

“Kami berada di ranking 130 dunia, kami perlu tunjukkan yang kami berhak berada di sini. Sebagai jurulatih, saya minta maaf kerana tidak boleh berikan keputusan baik untuk dibanggakan.

“Kepada pemain, saya hargai apa mereka buat, namun inilah kedudukan kami dan kita perlu terima. Kami kena positif kerana masih ada satu lagi perlawanan menentang pasukan gergasi, Korea Selatan,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... inggi-memakan-diri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033416 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list