View: 5927|Reply: 0
|
EPL: Rice undang resah Arsenal
[Copy link]
|
|
RICE gagal menamatkan perlawanan menentang Palace ekoran berdepan kecederaan otot. - AFP
LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan bahawa pemain tengahnya, Declan Rice sudah merasai kesakitan pada bahagian otot sebelum aksi menentang Crystal Palace yang menyaksikan The Gunner meraih kemenangan besar 5-0 di Emirates kelmarin.
Arsenal berjaya mendahului perlawanan dengan tiga gol sebelum Arteta membuat keputusan untuk membawa keluar Rice dan menggantikannya dengan Jorginho sebagai langkah awal untuk mengelak kecederaan lebih teruk.
“Dia rasa tidak selesa di bahagian otot sebelum perlawanan lagi. Saya belum pasti di bahagian otot mana, tetapi apabila dia mengadu mengenai kesakitan yang semakin teruk, saya tidak mahu mengambi risiko dan membawanya keluar,” katanya.
Selain Rice, Arsenal juga turut kehilangan khidmat pemain pertahanan, Gabriel Magalhaes pada hujung perlawanan apabila pemain itu meninggalkan padang pada minit ke-81 selepas menerima terjahan keras pada awal perlawanan.
Pada perlawanan itu, Magalhaes meledak gol pembukaan sebelum gol kedua Arsenal juga berpunca daripada pemain itu yang memaksa penjaga gol Palace, Dean Henderson membuat kesilapan menjaringkan gol sendiri.
Arsenal kemudiannya meledak tiga lagi gol menerusi Leandro Trossard dan dua gol Gabriel Martinelli yang kembali menemui sentuhan gol sejak sekian lama kemarau jaringan.
Mengulas mengenai aksi berkenaan, Arteta mengakui sangat gembira dengan prestasi para pemainnya terutama ketika berdepan situasi bola mati selain berpuas hati apabila gawangnya tidak dibolosi. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... dang-resah-arsenal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|