CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16557|Reply: 0

EPL: Klopp mula pening pemain kurang

[Copy link]
Post time 21-1-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode

SZOBOSZLAI masih belum dapat diturunkan pada aksi menentang Bournemouth dan memerlukan sedikit masa untuk benar-benar pulih. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berdepan beberapa siri kecederaan pemain yang mengganggu persiapan mereka menjelang aksi menentang Bournemouth di Stadium Vitality tengah malam ini.

Perkembangan itu menyukarkan tugas Liverpool untuk mengekalkan kedudukan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris ketika ini apabila hanya memiliki kelebihan dua mata dan perlu mencatat kemenangan pada aksi itu nanti.

Kemenangan 4-2 ke atas Newcastle United pada awal bulan lalu menyaksikan Liverpool kehilangan khidmat pemain tengah, Dominik Szoboszlai yang berdepan masalah hamstring dan masih belum pulih.

Perkara itu disahkan Klopp apabila mengakui perkembangan pemulihan pemain antarabangsa Hungary itu berjalan dengan lancar, namun enggan mengambil risiko dan menganggap aksi menentang Bournemouth terlalu awal untuk Szoboszlai.

Selain itu, dua lagi pemain tonggak pasukan itu, Andy Robertson dan Trent-Alexander Arnold juga belum boleh digunakan khidmat mereka.

“Perkembangan mereka berada di landasan yang baik dan semakin hampir untuk pulih, namun bukan untuk aksi kali ini. Saya fikir ada diantara mereka hanya akan mula kembali berlatih minggu depan.

“Saya harap, tidak akan ada lagi pemain yang cedera selepas aksi menentang Bournemouth kerana kami semakin kekurangan pemain ketika ini,” katanya.

Liverpool juga menerima berita kurang menyenangkan apabila ayam tambatan mereka, Mohamed Salah dilaporkan mengalami kecederaan ketika bersama Mesir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika.

Salah mengalami masalah hamstring, namun ketika ini masih belum ada pengesahan rasmi mengenai tahap kecederaan pemain itu, sama ada dia terpaksa melupakan baki saingan atau sebaliknya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ning-pemain-kurang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038576 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list