View: 19828|Reply: 11
|
[Jenayah]
Menjadi Keras, Rupanya Kena Pakai Penutup Besi!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
PENGGUNAAN alat penggoreng tanpa minyak atau ‘air fryer’ sememangnya banyak memudahkan tugas memasak.
Namun, masih ramai kurang arif mengenai penetapan masa dan suhu yang sesuai bagi sesuatu jenis masakan.
Ada kalanya makanan yang dimasak berbau hangit biarpun baru separuh jalan, ada kalanya terlebih masak pula sehingga tekstur makanan menjadi keras dan tidak ‘juicy’.
Kebiasaannya masalah ini terjadi jika memasak ayam atau daging terutamanya dalam saiz yang agak besar.
Memahami masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu, seorang wanita, Salmy Saznira, berkongsi tip untuk memasak seekor ayam di dalam air fryer.
“Selepas berkali-kali eksperimen ayam panggang yang Kakmie buat, jadi kakmie telah jumpa satu cara yang paling best dan ia sangat-sangat membantu.
“Tipsnya adalah dengan menutup bahagian atas ayam untuk kita panggang. Bagaimana nak tutup? Kakmie telah menggunakan satu penutup jaring besi (stainless steel),” kongsinya.
Menurut wanita tersebut, penutup jaring besi itu boleh dibeli di pasar raya.
Bagaimanapun, anda perlu memastikan saiz penutup jaring besi tersebut lebih kecil daripada saiz bakul air fryer.
Seterusnya, Kakmie berkongsi tip bagaimana memasak ayam panggang yang sempurna:
1) Mula-mula tetapkan suhu air fryer 200 darjah celcius selama 20 minit.
2) Sapukan butter pada penutup jaring besi dan tetapkan lagi suhu 190 darjah celcius selama 5 minit.
3) Kemudian balikkan ayam dan sapu jus serta lebihan butter cair dekat ayam.
4) Tutup semula ayam dengan penutup jaring, tetapkan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.
5) Buka penutup jaring dan sapukan cecair butter sekali lagi, tetapkan 190 darjah celcius selama 5 minit.
6) Tip ini sesuai untuk ayam bersaiz sekitar 1.3 kilogram hingga 1.6 kilogram. Jika ayam besar, perlu tambah lagi masa.
Selamat mencuba! |
|
|
|
|
|
|
|
jadi bod memasak pulak dah. aku kutip tacang je la
|
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Nasi Ayam Penyet, masakan indonesia yang sangat popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Agak remeh untuk menyediakan hidangan ini tetapi sangat berbaloi kerana hasilnya sangat memuaskan dan sangat sedap. Pasti anda sekeluarga akan suka, jika nak makan di luar kos unuk satu hidangan agak tinggi. Kalau masak sendiri sangat puas hati.
Resepi ini digabungkan bersama nasi yang dimasak bersama air rebusan ayam. Pengalaman Che Nom, set nasi ayam penyet kebanyakannya dihidangkan bersama nasi putih biasa aja, tapi tak salah mencuba dan memang sedap.
Sekian harap maklong |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 21-1-2024 11:40 AM
Ayam aku jadi berair sikit tak garing. Munkin sebab tak letak benda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku hengat jaring tu untuk masak dua benda. Ayam kat bawah. Kambing perap kat atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah sampai 40 minit memasak,baik pakai oven biasa terus aje. Aku ada both oven dan air fryer. Utk panggang ayam dan ikan,aku akan pakai oven biasa aje. Cari la model yg ada rotisserie function. Sumbat seekor ayam dalam tu.Air fryer ni sesuai utk reheat,masak makanan frozen dan fries. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pakai af elok juicy je ayam daging takde pun pakai jaring stainless steel ke apa. cuma af iols tak beso mana nak boh ayam sekor mcm sendat gitu, lg mudah humban dlm oven.
dah nape masuk bod ci??? |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep nyeh sama mcm goreng ayam pakai minyak dalam kuali kemodian tutop dengan penutop waktu tunggu hayam masak.
Selain nak keep moisture hayam menjadikannya crispy di luar, juicyyy slurp dan tender di dalam, ia juga mampoo mengelakkan minyak terpercik2 serope bunga api, bagoss huntok putera dan puteri lilin yg takot percikan minyak ittew |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh beli benda alah ni...tp kat umh air fryer empat segi tepat...xpe laa try je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|