CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13570|Reply: 0

United lantik Berrada sebagai CEO baharu

[Copy link]
Post time 21-1-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode

Manchester United melantik Omar Berrada sebagai CEO baharu kelab itu awal pagi tadi.

MANCHESTER, England: Manchester United mengesahkan mereka melantik Omar Berrada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu kelab itu awal pagi tadi, merampasnya daripada musuh tetangga Manchester City.

"Dengan sukacitanya Manchester United mengumumkan pelantikan Omar Berrada sebagai CEO baharu," menurut satu kenyataan kelab Old Trafford itu.

"Kelab ini berazam untuk memberikan tumpuan utama terhadap persembahan di tengah padang sebagai inti segala yang kami lakukan. Pelantikan Omar menjadi langkah pertama bagi perjalanan ini.

"Menjadi cita-cita kami untuk mengekalkan semula Manchester United sebagai kelab yang menjuarai gelaran."



Terdahulu, Berrada meletak jawatan sebagai ketua operasi bola sepak di City Football Group, yang mengendalikan kelab juara Inggeris itu selain menjaga portfolio kelab lain di seluruh dunia.

"Manchester City FC mengesahkan Omar Berrada meletak jawatan daripada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Operasi Bolasepak di City Football Group," menurut City dalam satu kenyataan.

"Kelab ini memahami keputusannya untuk mencari cabaran baharu dan kami mengucapkan terima kasih serta selamat berjaya kepadanya."

Berrada menyertai City dari Barcelona pada tahun 2011, yang mana beliau bekerja di samping CEO City Football Group, Ferran Soriano serta pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain.

Trio itu bertanggungjawab terhadap perkembangan City menjadi operasi komersial yang lancar di luar padang yang membantu menyumbang kejayaan kelab ketika Pep Guardiola bertugas sebagai pengurus.

Pelantikan Berrada di United menandakan salah satu langkah besar pertama yang diambil oleh bilionair Britain, Jim Ratcliffe sejak beliau membeli 25 peratus kepentingan dalam United dengan nilai AS$1.3 bilion (RM6.13 bilion).

United tidak mempunyai CEO tetap sejak Richard Arnold meninggalkan kelab pada hujung tahun lalu. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -sebagai-ceo-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list