View: 12698|Reply: 0
|
Piala Asia: Bolos awal ‘bunuh’ Jepun
[Copy link]
|
|
SUZUKI (tengah) tewas dua kali ketika berdepan Iraq ketika Jepun tewas mengejut pada aksi kelmarin. - AFP
DOHA – Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu mengakui kekalahan 1-2 kepada Iraq pada aksi kedua Kumpulan D di Stadium Education City, kelmarin beri tamparan besar kepada pasukannya untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati lebih awal.
Jaringan awal Iraq jelas mengganggu idea yang cuba digunakan oleh Moriyasu yang kini perlukan keputusan lebih baik pada aksi terakhir bertemu Indonesia untuk merebut slot kalah mati selaku dua pasukan terbaik kumpulan.
“Kami gagal mencipta peluang lebih baik untuk menjaringkan gol dan kami perlu memikirkan cara untuk bangkit. Kami tidak mempamerkan kualiti seperti yang saya harapkan.
“Kami melakukan beberapa pertukaran dan saya rasa pemilihan kali ini beri kesan kepada pemain,” katanya.
Jepun turun ke perlawanan ini dengan rekod cemerlang, 10 kemenangan berturut-turut dan berjaya menjaringkan 43 gol, namun Aymen Hussein segera mencuri perhatian apabila menyumbangkan dua gol buat Iraq, manakala Wataru Endo meledak gol saguhati buat Samurai Biru.
Moriyasu juga melabel anak buahnya mengharungi mimpi ngeri dan anggap aksi kali ini tidak ubah seperti perlawanan yang dilangsungkan di tempat lawan.
“Persekitaran di dalam stadium juga menjadikan kami seperti beraksi di tempat lawan. Kami gagal kawal keadaan, jadi kami perlu belajar daripada kesilapan dan saya mesti bertanggungjawab atas kekalahan ini,” jelasnya.
Dalam masa sama, Moriyasu merasakan penjaga gol mudanya, Zion Suzuki mampu bangkit selepas membenarkan gawangnya dibolosi dalam dua perlawanan awal. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... s-awal-bunuh-jepun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|