View: 7593|Reply: 0
|
Liverpool patut dapat penalti - Webb
[Copy link]
|
|
Bola terkena tangan kapten Arsenal, Martin Odegaard ketika aksi menentang Liverpool di Anfield pada 23 Disember lalu tetapi pengadil tidak memberikan penalti. - Foto AGENSI
LONDON: Howard Webb mendedahkan Liverpool sepatutnya diberikan sepakan penalti ketika seri 1-1 menentang Arsenal bulan lalu.
Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris itu mengutarakan pendapatnya tentang insiden berkenaan selepas mengeluarkan rakaman audio VAR.
Liverpool dinafikan sepakan penalti oleh pengadil, Chris Kavanagh ketika aksi di Anfield pada 23 Disember.
Mohamed Salah cuba menguis bola melepasi Martin Odegaard dan terkena tangan kapten Arsenal itu.
Bagaimanapun penilaian VAR mengesahkan keputusan yang dibuat Kavanagh di atas padang.
Dalam rakaman itu Kavanagh berkata: "Tidak, tangannya ke bawah, tangannya ke bawah.
Penolong VAR, Lee Betts kemudian berkata: "Iya, daripada apa yang saya lihat, betul, setuju."
VAR David Coote mengesahkan keputusan itu sambil menjelaskan: "Bagi saya Lee, saya kembali ke siaran langsung. Dia jatuh, dia menarik tangan ke arah tubuhnya, jadi pemeriksaan saya sudah lengkap."
Webb dan bekas penyerang Liverpool, Michael Owen tidak bersetuju dengan analisis berkenaan.
"Saya rasa ia adalah penalti," kata Owen.
"Begitu juga saya. Pengadil di atas padang mendapati Odegaard tergelincir dan melihat tangannya dihala ke atas padang.
"Kita bercakap tentang tangan yang menyokong. Jika seseorang terjatuh, dia akan menahan dengan tangannya, ia adalah perkara semula jadi. Dalam situasi ini, ada perbezaan kepada permainan biasa - ia adalah terjatuh.
"Odegaard memang terjatuh, tangannya terkeluar, tetapi dia menariknya kembali ke arah badan, ketika itu bola terkena tangan.
"VAR melihat kepada aspek itu. Dia merasakan Odegaard cuba mengecilkan dirinya dengan menarik tangan ke arah badan. Itu elemen yang penting di sini.
"Sama ada ia kerana naluri atau disengajakan, dia mendapat kelebihan dengan menarik semula tangannya. Ia sepatutnya penalti, saya bersetuju," kata Webb. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -dapat-penalti-webb |
|
|
|
|
|
|
| |
|