View: 6947|Reply: 0
|
AFCON: Senegal tidak boleh terus selesa
[Copy link]
|
|
BARISAN pemain Senegal meraikan kejayaan menewaskan Gambia 3-0 pada aksi Kumpulan C kempen AFCON awal pagi semalam. – AFP
YAMOUSSOUKRO, Ivory Coast – Senegal memulakan misi mempertahankan gelaran pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dengan langkah kanan apabila menundukkan Gambia 3-0 pada aksi Kumpulan C di Stadium Charles Konan Banny malam kelmarin.
Skuad The Teranga Lions memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi jaringan Pape Gueye serta dua gol Lamine Camara, selain bijak mengambil kesempatan selepas pemain lawan, Ebou Adams dilayangkan kad merah.
Jurulatih Senegal, Aliou Cisse berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya memandangkan mereka turun dengan tekanan cukup tinggi apabila dilabelkan sebagai pasukan pilihan selaku juara bertahan.
“Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan semua pemain, terutamanya berdepan jangkaan tinggi selain perubahan cuaca. Secara keseluruhan kami bermain sangat baik.
“Saya tahu masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, tetapi memulakan saingan dengan tiga mata merupakan satu perkara positif. Kami perlu terus bekerja keras untuk perlawanan seterusnya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi kata-kata semangat kepada Gambia supaya tidak mudah patah semangat kerana menganggap mereka masih ada peluang untuk bangkit daripada kekalahan tersebut.
“Cabaran masih belum berakhir buat Gambia kerana ini perlawanan pertama. Mereka masih boleh memperbaiki keputusan ini, sama seperti Senegal ketika tewas pada aksi sulung Piala Dunia,” ujar Cisse. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... boleh-terus-selesa/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|