View: 4943|Reply: 0
|
West Ham tersingkir daripada Piala FA
[Copy link]
|
|
CONWAY menjaringkan gol tunggal buat Bristol City untuk menewaskan West Ham. -FOTO AFP
London: West Ham tersingkir daripada Piala FA selepas tewas kepada pasukan Liga Kejuaraan, Bristol City 0-1 ketika Newport County mencipta impian besar apabila mara ke pusingan keempat untuk berdepan Manchester United.
Tommy Conway menjaringkan gol tunggal di Ashton Gate kurang tiga minit untuk memastikan penantian 44 tahun Hammers untuk menjulang Piala FA diteruskan.
Conway yang turut menjaringkan gol untuk memastikan perlawanan ulangan ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium London, menyambut hantaran pendek dari Konstantinos Mavropanos melepasi Lukasz Fabianski dan menolak masuk ke gawang yang tidak dikawal.
"Saya datang ke sini sejak berumur tujuh tahun dan untuk mendapatkan mencapai kemenangan adalah sukar dipercayai," kata Conway.
"Ia adalah terbaik (penyokong) saya melihatnya dalam beberapa ketika kami menghantar mereka pulang dengan penuh kegembiraan dan ia sukar dipercayai."
David Moyes kehilangan beberapa pemain utama Jarrod Bowen dan Lucas Paqueta yang cedera manakala Mohammed Kudus mewakili Ghana di Piala Negara-Negara Afrika.
Pasukan pelawat terpaksa bertahan hampir separuh masa kedua selepas Said Benrahma dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap Joe Williams sebagai tindakan balas terhadap apa yang dilakukan ke atasnya.
Tomas Soucek hampir membawa perlawanan ke masa tambahan namun sepakan voli pemain itu berjaya diselamatkan Max O'Leary.
Bristol City seterusnya akan menentang Blackpool atau Nottingham Forest dalam pusingan keempat.
Manakala pasukan Liga Dua Newport yang menewaskan Eastleigh 3-1 dan akan menjadi tuan rumah melayan Red Devils pada 28 Januari ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-daripada-piala-fa |
|
|
|
|
|
|
| |
|