View: 9612|Reply: 0
|
Son impikan Piala Asia istimewa kali ini
[Copy link]
|
|
SON dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti Bahrain, semalam. FOTO REUTERS
Doha: Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min memberi amaran betapa Piala Asia memerlukan komitmen tinggi pada ketika Korea Selatan mahu menamatkan kemarau gelaran selama 64 tahun.
Mereka memulakan kempen di Qatar dengan kemenangan 3-1 ke atas Bahrain, semalam, yang juga penampilan keempat Son di kejohanan itu.
Tetapi, dia melalui tempoh sukar di depan gol apabila terlepas dua peluang sebelum dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti Bahrain.
"Kami memiliki pasukan menakjubkan serta kumpulan pemain berbakat, tetapi semuanya mengenai komitmen," kata Son selepas perlawanan.
"Kami memiliki pasukan sukar dipercayai, tetapi kami tidak menang dalam tempoh 64 tahun yang bermakna satu tempoh sangat panjang.
"Kami hanya ada satu sasaran, jadikan sesuatu yang istimewa dengan pasukan ini dan tahun istimewa."
Pada perlawanan itu, Son dibayangi pemain tengah menyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in, yang menjaringkan dua gol pada babak kedua, sekali gus memastikan skuad bimbingan Jurgen Klinsmann keluar daripada masalah.
Bek tengah Bayern Munich, Kim Min-jae dan penyerang Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee-chan turut berada dalam skuad Korea Selatan di kejohanan kali ini.
Son membuat penampilan di Piala Asia di Qatar pada 2011 dan sebahagian pasukan yang tewas kepada Australia di final edisi 2015.
Menurutnya, mereka tidak boleh membandingkan dengan mana-mana pasukan dalam kejohanan sebelum ini, tetapi yakin dengan kemampuan pasukan kali ini.
"Sauya mahu memastikan Piala Asia kali ini sebagai sesuatu yang istimewa buat diri sendiri serta negara saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-istimewa-kali-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|