CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7757|Reply: 0

[Selangor] Roboh Stadium Shah Alam tanpa guna bom, peledak

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode

MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari. FOTO Bernama.

Shah Alam: Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu tidak akan menggunakan peledak mahupun bom.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses itu sebaliknya akan dilaksana secara manual, namun selepas urusan pengalihan sub-stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Saya akan pastikan segera tetapi kita tidak boleh menggunakan peledak atau bom sebab ia akan memberikan kesan kepada kejiranan di kawasan itu.

"Kita akan menggunakan mesin yang akan mengambil masa panjang. Kerja akan bermula selepas kita berjaya mengalihkan sub-stesen TNB kerana ia penting (bekal tenaga elektrik) untuk Seksyen 13," katanya.



Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK di sini, hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya giat menyelesaikan isu berkenaan dengan TNB dengan kerja mengubah sumber aliran elektrik sedang berjalan.

"Kalau tidak, seluruh Seksyen 13 akan bergelap sebab kita hendak merobohkan Stadium Shah Alam, tambahan pula kelulusan sudah diberikan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Kalau buat (sub-stesen) baharu, akan ambil masa lagi setahun, baru boleh robohkan stadium. Jadi kita alihkan dulu," katanya.

Kerajaan negeri menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek KSSA pada 15 Nov tahun lalu membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar, yang dijangka siap menjelang 2026.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pa-guna-bom-peledak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.103414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list