View: 2464|Reply: 0
|
[Pahang]
Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat belum dibuka
[Copy link]
|
|
Kerja-kerja pemasangan jambatan bailey sedang dijalankan di Seksyen 102, Jalan Kuantan - Segamat (FT012) berikutan kejadian mendapan tanah di lokasi berkenaan. FOTO FACEBOOK JKR PAHANG
Kuantan: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp mendakwa Laluan Persekutuan FT12 Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat sudah dibuka dan boleh dilalui.
JKR Pahang dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan laluan terbabit masih ditutup dan kerja pemasangan jambatan bailey di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan.
"Laluan tanah di sebelah jambatan bailey hanya dibina sementara di atas pembentung yang telah runtuh untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri tidak selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.
"Sehubungan itu, JKR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang terjadi terhadap pengguna jalan raya tersebut," menurut hantaran itu.
Selain itu, JKR akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu berkenaan dan menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat terbabit serta tidak menyebarkannya kepada orang lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... egamat-belum-dibuka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|