View: 7089|Reply: 0
|
India mangsa pertama Australia
[Copy link]
|
|
BOS menjaringkan gol kedua Australia. FOTO REUTERS
Doha: Australia melakar kemenangan 2-0 dalam aksi pembukaan Piala Asia menentang India hari ini selepas Jackson Irvine dan Jordan Bos menjaringkan gol dari jarak dekat.
Di hadapan penonton yang rata-ratanya menyokong India di Stadium Ahmad Bin Ali di Doha, Australia dipaksa bekerja keras pada separuh masa pertama sehingga mensia-siakan beberapa peluang terbaik.
Manakala India dilihat mempamer aksi bertahan dan mencari peluang terbaik untuk mendapatkan gol pada separuh masa kedua.
Irvine bagaimanapun meredakan tekanan juara 2015 itu apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-50 apabila menghukum kesilapan penjaga gol India, Gurpreet Singh yang gagal menepis bola dengan kemas.
Bos kemudian menyudahkan hantaran Riley McGree untuk gol kedua The Socceroos pada minit ke-73.
Perlawanan itu menyaksikan Yoshimi Yamashita dari Jepun menjadi wanita pertama yang menjadi pengadil di Piala Asia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-pertama-australia |
|
|
|
|
|
|
| |
|