View: 3768|Reply: 0
|
[Terengganu]
MBKT siasat dakwaan majikan pasar raya tak benarkan pekerja tunai solat Jumaat
[Copy link]
|
|
Mohd Fairuz melekatkan notis pemakluman penutupan operasi perniagaan selama dua jam di hadapan pasarayanya hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR.
Kuala Terengganu: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyiasat dakwaan ada majikan pasar raya di sini, tidak membenarkan pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai isu itu dan siasatan lanjut dijalankan termasuk mengesan individu yang membuat aduan.
Berdasarkan aduan itu, katanya, majikan pasar raya terbabit tidak membenarkan pekerjanya yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat walaupun operasi premisnya ditutup dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.
"Kita menyiasat termasuk mengenal pasti pengadu yang membuat aduan melalui panggilan telefon," katanya.
Awal Januari lalu, Rosli mengeluarkan notis arahan penutupan semua premis perniagaan selama dua jam pada setiap Jumaat.
Bagaimanapun, restoran dan kedai makan bukan Islam tidak tertakluk kepada arahan penutupan itu.
Peniaga yang gagal mematuhi arahan boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM1,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pekerja-tunai-solat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|