View: 4284|Reply: 0
|
Malaysia bukan lagi mangsa mudah
[Copy link]
|
|
PAN-gon ketika mengendalikan latihan skuad Harimau Malaya di Doha semalam. FOTO FAM
Kuala Lumpur: Pemain pertahanan negara Daniel Ting beranggapan keputusan seri 2-2 menentang Syria tempoh hari memberi peringatan kepada pasukan lain bahawa Malaysia bukan lagi lawan mudah diperkotak-katikkan.
Daniel berkata, keputusan positif itu cukup penting bagi melonjakkan semangat barisan pemain skuad kendalian Kim Pan-gon untuk turun lebih bersemangat apabila bertemu Jordan pada 16 Januari ini.
Katanya, perlawanan persahabatan itu juga menguji keberkesanan taktikal baharu diterapkan pengendali dari Korea Selatan itu dalam usaha membentuk skuad mantap bagi meraih keputusan positif kelak.
"Ianya dapat menaikkan keyakinan di dalam perlawanan sebelum sepak mula kami di Piala Asia Isnin hadapan. Pastinya melawan pasukan seperti Syria ada jurang amat besar namun kita berjaya mengatasi tahap sebegitu, jadi ianya suatu potensi baik untuk melawan Jordan," katanya.
Selain itu, pemain berusia 32 tahun itu berkata, pemilihan pemain hampir sama oleh Pan-gon pada mana-mana kejohanan sebelum ini, memberi impak positif kepada pasukan apabila mereka mempunyai persefahaman tinggi antara satu sama lain.
"Ia (berada dalam pasukan kebangsaan) dikira sebagai pemain terbaik negara, jadi tentunya arasnya sentiasa meningkat dan latihan berintensiti, semua mahu buktikan sesuatu. Dan ini pemain terbaik dari setiap negeri, jadi tentunya arasnya tinggi, jadi ia satu ujian yang bagus," katanya.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan ini.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan pada kejohanan di Doha, Qatar itu.
Ini penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-lagi-mangsa-mudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|