View: 7451|Reply: 0
|
Maghribi tekad akhiri badi
[Copy link]
|
|
REGRAGUI mahu pastikan pasukannya baiki pencapaian lalu.
Abidjan: Maghribi mencipta tahap baharu bola sepak Afrika hanya 12 bulan lalu di Piala Dunia Qatar tetapi kini berdepan tekanan untuk memperbaiki rekod buruk di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) yang bermula Sabtu ini.
Maghribi muncul pasukan Arab dan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia dan mereka kini diharapkan dapat mengulangi prestasi cemerlang di Afcon.
Maghribi antara 12 negara yang pernah menjuarai kejohanan benua terbabit tetapi kejayaan tunggal mereka diraih hampir setengah abad lalu pada 1976.
Mereka mempunyai sejarah panjang tersingkir tanpa disangka ketika dianggap pasukan pilihan.
"Memang benar Piala Dunia lalu memberikan kami pengalaman beraksi di kejohanan besar tetapi Afcon secara realiti selalunya kejohanan yang sukar," kata jurulatih Walid Regragui kepada Reuters.
"Ini bukan kali pertama Maghribi dianggap pasukan pilihan kejohanan tetapi malangnya kami kerap gagal melepasi saingan empat terakhir.
"Ini menunjukkan walaupun berpengalaman di kejohanan besar, ia bukan faktor utama untuk memastikan kemenangan kami."
Terdapat banyak pasukan yang sedia menyekat Maghribi terutamanya tuan rumah Ivory Coast, Ghana, Nigeria dan juara bertahan Senegal.
Piala Negara-Negara Afrika sepatutnya berlangsung Jun tahun lalu tetapi ditunda enam bulan kemudian susulan musim hujan tetapi kini berlangsung di tengah-tengah musim liga di Eropah yang tidak disenangi ramai jurulatih.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-tekad-akhiri-badi |
|
|
|
|
|
|
| |
|