CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10898|Reply: 0

[Selangor] Tiada larangan warga asing beli minyak masak peket daripada peruncit

[Copy link]
Post time 9-1-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KLANG – Tiada larangan dikuatkuasakan bagi penjualan minyak peket kepada warga asing di peringkat peruncit di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebaliknya had pembeliannya dilakukan di peringkat pasar raya iaitu tiga peket sahaja.

“Setakat ini, di peringkat runcit tiada larangan (pembelian minyak peket) bagi warga asing cuma di pasar raya kita kawal had pembelian tiga peket.

“Larang boleh, tetapi peruncit dari segi pelaksanaan. Kalau orang nampak dan ambil (rakam) gambar dan sebagainya tetapi apa mekanismanya. Kalau kita buat sistem hanya minyak masak peket, kosnya tidak efektif.

“Bukan hanya kerajaan perlu mengeluarkan kos, peruncit kecil ada sistem, tetapi bagi kita masa bagi dapatan audit cukup penting dengan beberapa negeri telah selesai seperti Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas sama ada kerajaan melarang pembelian minyak peket susulan penularan pelbagai video warga asing membeli barangan itu yang sepatutnya dinikmati rakyat tempatan.

Armizan memberitahu, kaedah jangka panjang juga sedang dikaji bagi memastikan subsidi minyak peket dinikmati rakyat negara ini sahaja.

“Contoh anda bercakap mengenai warga asing. kalau di Malaysia ada macam-macam jenis warga asing yang boleh dikenal pasti secara fizikal atau tidak.

“Kita tidak mahu kaedah yang terpencil sebaliknya memikirkan keseluruhan dalam pelaksanaan minyak peket ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, audit yang bermula Oktober lalu hingga Mac ini menyasarkan kilang penapisan dan pembungkusan bagi mengetahui sama ada berlaku ketirisan atau penyelewengan.

“Kita tengok keperluan itu semakin bertambah dan kita sudah ada 60,000 metrik tan yang telah ditetapkan, namun masih ada di Labuan (kekurangan minyak peket).

“Itu mulanya orang mengambil gambar video ada warga asing enjoy the benefit (minyak peket subsidi ini). Namun, ada tindakan telah kita ambil kepada pengilang dan pembungkusan yang kita lihat berlaku ketidakpatuhan terutama dari segi mesin tersebut tidak membezakan subsidi dan tidak,” katanya. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -daripada-peruncit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.775798 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list