CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10901|Reply: 0

Chelsea perlu waspada tanpa VAR

[Copy link]
Post time 9-1-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode

POCHETTINO mahu pemain muda Chelsea lebih waspada menentang Boro.

London: Mauricio Pochettino memberi amaran kepada pemain Chelsea supaya berwaspada ketika mereka bermain tanpa video bantuan pengadil (VAR) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Middlesbrough awal pagi esok.

Skuad Pochettino akan menentang kelab Kejuaraan, Middlesbrough dengan perlawanan berlangsung tanpa teknologi VAR di Stadium Riverside.

VAR mencetuskan keputusan paling kontroversi musim ini ketika Chelsea menewaskan Tottenham pada November, perlawanan yang menyaksikan sembilan campur tangan video termasuk lima jaringan tidak dibenarkan dan dua kad merah dilayangkan kepada pemain Spurs.

Ketika ada pendapat mencadangkan bermain tanpa VAR adalah positif, Pochettino menyedari pasukan mudanya berkembang dengan sistem kontroversi itu.



Ramai pemain Chelsea bertukar profesional sekitar pelaksanaan VAR dalam saingan liga utama Eropah pada 2018 dan Pochettino berkata, Blues perlu berwaspada dengan keadaan yang mungkin janggal bagi mereka.

"Tiada VAR. Itu yang kami perlu awasi. Kebiasaan kami bermain dengan VAR dan kami perlu waspada tanpanya," kata Pochettino hari ini.

"Kami perlu dengan cara berbeza. Kami perlu berubah. Sekarang hanya pengadil membuat keputusan, kami perlu waspada. Ia aksi berbeza sama ada anda bermain dengan VAR atau tanpa VAR dan kami perlu bijak menanganinya."

Chelsea muncul pasukan pilihan untuk mara ke final sejak mereka menjuarai Piala Dunia Kelab 2021, hanya beberapa bulan menjulang trofi Liga Juara-Juara ketika dikendalikan Thomas Tuchel.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-waspada-tanpa-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031936 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list