View: 8225|Reply: 0
|
Salah tekad julang trofi bersama Mesir
[Copy link]
|
|
PEMAIN Mesir Trezeguet meraikan jaringan bersama Salah (kiri) dan rakan sepasukan lain.
Abidjan: Penjaring gol berbisa Mohamed Salah menguasai dunia, Eropah, England bersama Liverpool dan kini dia mengimpikan untuk membawa Mesir menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (Afcon).
Dia tekad menebus dua kegagalan selepas menjadi anggota pasukan yang tewas pada final Afcon di tangan Cameroon dan Senegal pada 2017 dan 2022.
Mesir antara pasukan pilihan di Ivory Coast dalam misi memburu rekod gelaran kelapan kejohanan terbesar Afrika itu.
Diundi bersama Ghana, Cape Verde dan Mozambique dalam Kumpulan B, Mesir dijangka menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku pendahulu dan layak ke pusingan 16.
Namun kapten Salah dan rakan sepasukan mahu lebih daripada itu. Mereka mahu beraksi pada final 11 Februari di Stadium Alassane Ouattara yang berkapasiti 60,000 tempat duduk dan memenangi perlawanan terbabit.
"Saya mahu menang kejohanan ini," kata peledak berbisa itu di Kaherah sambil menunjukkan gaya baharu rambutnya.
"Selepas dua kali hampa, saya tekad memastikan Mesir menang final dan menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika. Saya sangat gembira beraksi di kejohanan ini dan rakan sepasukan serta saya terdesak untuk meraih kemenangan.
"Ia amat bermakna menyarung jersi kebangsaan Mesir. Satu kebanggaan dapat memakai jersi merah ini yang dipakai beberapa legenda hebat sebelum ini."
Salah yang tiba di Liverpool pada 2017 selepas beraksi bersama Mokawloon di negaranya, Basel, Chelsea, Fiorentina dan Roma sudah biasa menikmati kejayaan.
Dia membantu Liverpool menjuarai Piala Dunia Kelab dan Liga Juara-Juara Eropah 2019 dan gelaran Liga Perdana Inggeris setahun selepas itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... trofi-bersama-mesir |
|
|
|
|
|
|
| |
|